loading...
ALYAH LANGGAR KERETA RAMLI MS CETUS KONTROVERSI!
Kini lain pula kontroversi kerana kes ini lebih parah apabila Alyah melanggar kereta suaminya Ramli MS dek kerana terlalu marah. Nampaknya emosi marah tersebut tidak dapat dikawal oleh Alyah sendiri lebih-lebih lagi kalau diri tersebut seorang wanita.
Kisah Alyah dan Ramli MS masih tidak berlalu dengan begitu sahaja lebih-lebih lagi sebelum ini ‘Alyah Dedah Gambar Suami Bersama Wanita Lain‘ dan menimbulkan kemarahannya sebagai seorang isteri. Malah timbul pula gosip yang Kontroversi Tersebut Dibuat Penyanyi Alyah Kerana AJL 29 yang bakal tiba nanti.
Kini lain pula kontroversi kerana kes ini lebih parah apabila Alyah melanggar kereta suaminya Ramli MS dek kerana terlalu marah. Nampaknya emosi marah tersebut tidak dapat dikawal oleh Alyah sendiri lebih-lebih lagi kalau diri tersebut seorang wanita. Penulis sebagai wanita pun boleh merasai perasaan penyanyi Alyah yang mudah cepat merajuk, cepat emosi, dan senang marah. Tetapi penulis terkejut apabila mengetahui yang Alyah telah melanggar kereta suami, Datuk Ramli MS kerana gagal mengawal perasaan marah dalam hati.
Kejadian ini berlaku di kawasan luar kediaman Alyah dan Ramli MS dan turut didengar oleh jiran-jiran mereka.
Kata Alyah:-
Alyah Akui Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah
Memang saya buat masa itu sebab saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar.
Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar kejadian biarlah kami berdua saja yang tahu. Saya terpaksa keluarkan duit sampai RM11,000 untuk betulkan semula bahagian depan kereta, termasuklah menukar lampu yang bernilai beberapa ribu ringgit.
Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki atau tidak. Kena tanya dia sendiri.
Mungkin diri Alyah sendiri tertekan dengan hidupnya kini kerana masalah rumahtangga masih lagi belum selesai tetapi dibelenggu pula dengan AJL29 yang bakal tiba nanti. Harap semuanya kembali okay dan hubungan mereka suami isteri pun menjadi lebih okay sekiranya dibawa berbincang elok-elok.
loading...
0 Response to "ALYAH LANGGAR KERETA RAMLI MS CETUS KONTROVERSI!"
Post a Comment